MAJLIS RAMAH MESRA - BARBEQUE PARTY




Pada 6 April 2002 bertempat di Tamagawa, Tokyo, Kelab UMNO Jepun bersama-sama Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun, PKPMJ telah menjalankan Majlis Ramah Mesra- Barbeque Party. Majlis ini merupakan majlis pertama anjuran Kelab UMNO Jepun untuk tahun ini.

Dengan bantuan dari para ahli yang datang awal, persiapan barbeque telah dimulakan pada pukul 2:15 petang. Pada pukul 3:15 petang majlis dimulakan dan para hadirin bersama-sama membakar ayam dan daging barbeque. Selain itu, hadirin juga telah dihidangkan dengan yakisoba(mee goreng ala Jepun) dan nasi himpit. Selepas menjamu selera para hadirin telah memperkenalkan diri masing-masing.

Majlis yang telah dihadiri oleh seramai 80 orang ini bersurai pada pukul 6:00 petang. Majlis ini telah memberikan peluang kepada para ahli baru dan lama untuk berkenal-kenalan dan mempereratkan hubungan silaturrahim diantara ahli. Disamping itu, ia juga dapat membolehkan para ahli untuk merehatkan diri sebelum semester baru bermula.

@

GAMBAR MAJLIS RAMAH MESRA - BARBEQUE PARTY
GAMBAR 1  GAMBAR 2  GAMBAR 3  GAMBAR 4  

Untuk mendapatkan maklumat mengenai Rancangan Aktiviti Kelab UMNO Jepun sila ke laman AKTIVITI

Jika terdapat kesilapan maklumat di halaman ini, sila laporkan kepada J/K PENERANGAN

LAMAN UTAMA

kipas.gif (3225 bytes)

@