LAPORAN TAHUNAN

KELAB  UMNO  JEPUN

SESI 2001 / 2002


1.   Pendahuluan

1.1  Mesyuarat Agung KUJ Kali Ke-17 (Sesi 2000 / 2001) telah diadakan pada 8 Disember 2001 (Sabtu) bertempat di Dewan Kediaman Kakitangan Kedutaan Besar Malaysia, Kami-Meguro pada jam 2.14 petang. Jamuan berbuka puasa dan sembahyang terawih juga diadakan selepas majlis mesyuarat tersebut.

1.2  Mesyuarat telah melantik 4 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 6 orang Ahli Jawatankuasa Kecil.

1.3  Majlis Ahli Jawatankuasa Tertinggi telah melantik 4 orang Ahli Jawatankuasa lagi bagi menampung kekurangan Ahli Jawatankuasa yang sedia ada.

1.4  Mesyuarat AJK KUJ Sesi 2001 / 2002 kali pertama telah diadakan pada 28 Disember 2001, bertempat di Rumah Pelajar Malaysia, Tokyo. Dalam mesyuarat ini juga, telah dijalankan upacara penyerahan fail daripada AJK KUJ Sesi 2000 / 2001 kepada AJK KUJ Sesi 2001 / 2002.

1.5  Ahli Jawatankuasa Tertinggi telah bersetuju melantik seorang Juruaudit mulai 28 Disember 2001 iaitu Saudari Fairuza Azleen Roduwan.

 

2.   Ahli Jawatankuasa KUJ Sesi 2001 / 2002

2.1  Pengerusi                                                    :  Zul Hilmi Zulkifli

2.2  Timbalan Pengerusi           :  Mohamed Kassim Mohamed Sulaiman *

2.3  Naib Pengerusi / Pengerusi KUK Tohoku  :  Noor Hisham bin Ahmad Kamil                                              

2.3   Naib Pengerusi / Pengerusi KUK Tokai  :  Ayib Rosdi Zainun

2.5  Setiausaha                             :  Eizuhaida Aziz

2.6  Bendahari                              :  Johar Arbi

2.7  Penolong Setiausaha                   :  Juliana Mohd Janurudin

2.8  Setiausaha J/K Penerbangan            :  Mohamad Suhaimi Mokhtar / Khairunnisa Hairudin  **

2.9  Setiausaha J/K Penerbitan               :  Yusaini Sayoti  *** / Nor Suliza Salmi Sulaiman ***

2.10 Setiausaha J/K Perhubungan Khas        :  Enaliza Anuar

2.11 Setiausaha J/K Sukan & Kebudayaan     :  Mar Izwan Marzuki

2.12 Setiausaha J/K Agama                    :  Mohd Syairir Abd Malek ***

 

*   Dilantik menjadi Timbalan Pengerusi mulai 1 April 2002

**  Ahli jawatankuasa baru yang dilantik mulai 27 April 2002

**  Ahli jawatankuasa baru yang dilantik mulai 24 Mei 2002

 

3.  Mesyuarat Jawatankuasa

    AJK KUJ pada sesi ini telah bermesyuarat sebanyak 6 kali. Kesemua mesyuarat telah diadakan di Rumah Pelajar Malaysia, Tokyo. Tarikh mesyuarat adalah seperti berikut:

3.1  28 Disember 2001

3.2  27 April 2002

3.3  24 Mei 2002

3.4  4 Julai 2002

3.5  4 Oktober 2002

3.6  13 November 2002

 

4.   Kehadiran AJK

4.1 Zul Hilmi Zulkifli                  ( 6 kali )

4.2  Mohamed Kassim Mohamed Sulaiman    ( 6 kali )

4.3  Eizuhaida Aziz                          ( 6 kali )

4.4  Johar Arbi                              ( 6 kali )

4.5  Juliana Mohd Janurudin                                 ( 6 kali )

4.6  Muhamad Suhaimi Mokhtar              ( 3 kali )

4.7 Khairunnisa Hairuddin                  ( 5 kali )

4.8  Yusaini Sayoti                           ( 2 kali )

4.9  Nor Suliza Salmi                        ( 4 kali )

4.10  Enaliza Anuar                          ( 4 kali )

4.11 Mar Izwan Marzuki                      ( 6 kali )

4.12 Mohd Syairir Abd Malek                 ( 4 kali )

 

Ø         Saudara Azahar Noorizan telah meletakkan jawatan pada 1 April 2002 atas sebab berpindah tempat pengajian di luar Tokyo.

Ø         Saudari Mohd Hakimi Hj Harun telah meletakkan jawatan pada 6 Julai 2002 atas sebab-sebab peribadi.

 

5.    Aktiviti-aktiviti Yang Telah Dijalankan Sepanjang Sesi 2001 / 2002

 

5.1   Disember 2001

5.1.1  Jamuan Perpisahan AJK Sesi 2000 / 2001

      Tarikh      :  29 Disember 2001

      Tempat     :  Restoran Mahathir, Tokyo

 

5.2   Mac 2002

5.2.1  Majlis Taklimat dan Pendaftaran Pelajar Baru MARA ( JAD )

      Tarikh       :  3 Mac 2002

      Tempat      :  Seminar House, Hachioji

 

5.2.2 Majlis Sambutan Pelajar Baru Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam.( RPKJ )

Tarikh       :  22 Mac 2002

     Tempat      :  Hotel Toko, Tokyo

 

5.3   April 2002

5.3.1  Majlis Taklimat dan Pendaftaran Pelajar Baru Tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ( PPKTJ ) 

    Tarikh        :  1 April 2002

    Tempat       :   Rikko Kaikan, Nerima

 

5.3.2  Majlis Ramah Mesra dan “Barbeque Party” ( bersama PKPMJ )

       Tarikh       :  6 April 2002

       Tempat       :  Tamagawa, Tokyo

 

5.4   Jun 2002

5.4.1  Sukan Bola Sepak KUJ 2002

      Tarikh       :  1 Jun 2002

      Tempat      :  Padang bola Shibaura Institute of Technology, Omiya

      Penyertaan  :  8 kumpulan

 

Pertandingan telah diadakan secara liga.

 

Hadiah     : Johan………………… Piala Emas

             Naib Johan…………. Piala Perak

             Ketiga…………………Piala Gangsa

 

Keputusan : Johan………………….. Kumpulan JMC 5

            Naib Johan…………….Kumpulan JAD 1

            Ketiga…………………..Kumpulan ISI

            Pemain Terbaik……….Saudara Rohaizon bin Mamat @ Yusoff ( JMC 5 )

 

5.4.2  Majlis Maulidur-Rasul ( bersama PKPMJ )

       Tarikh       :  22 Jun 2002

       Tempat      :  Rumah Pelajar Malaysia, Tokyo

       Penyampai tazkirah  :  Saudara Aznan Hamat dan Saudara Zul Azmi

 

5.5    Oktober 2002

5.5.1  Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-45 dan Ulangtahun Ke-20 Dasar Pandang Ke Timur ( bersama PKPMJ )

       Tarikh      :  5 Oktober 2002

       Tempat     :  Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo

 

Dengan kerjasama daripada pihak Kedutaan Besar Malaysia dan PKPMJ, KUJ telah menganjurkan majlis ini bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-45 dan Ulangtahun Ke-20 Dasar Pandang Ke Timur. Majlis dimulakan dengan Pertandingan Pidato Bahasa Melayu yang disertai oleh 8 orang peserta dan diikuti dengan Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris, kelolaan PKPMJ dengan 4 orang peserta. Selepas itu satu sesi Perbincangan Panel dengan tema 'Dasar Pandang Ke Timur Selepas 20 Tahun - Pencapaian, Peluang Serta Cabaran'. Berikut adalah para panelis sesi perbincangan panel ini :

                                     Moderator : En. Ibrahim Abdullah

                                     Panelis :  1. Dr. Hasrul Sani (KBM)

                                                         2. En. Syed Salleh (ALEPS)

                                                         3. En. Shamsairi Ibrahim (Petronas Tanker)

                                                         4. En. Yew Wee Cheah (Daiwa Securities)

 

Hadiah    :  Johan……………….Piala Pusingan dan tiket penerbangan pergi dan balik ke Malaysia (tajaan Sistem Penerbangan Malaysia ).

                       Naib Johan..............Potongan harga tiket kapal terbang bernilai \ 20000 dan barangan

elektrik.

                       Ketiga……………….Potongan harga tiket kapal terbang bernilai \ 10000 dan barangan

elektrik.

       Saguhati………….. .Cenderahati

 

Keputusan :  1. Pidato Bahasa Melayu

Johan………………..Muhamad Aizuddin Hamdan

                       Naib Johan...............Siti Rahmah Aid

                       Ketiga………………..Nursuhana Alaudin

            

                       2. Pidato Bahasa Inggeris ( Kelolaan PKPMJ )

                       Johan………………... Mohd. Fahrurazi Othman

                     Naib Johan…………. Chong Woei Yun

                     Ketiga……………….. Nuratiqah Airifin

                    

5.5.2  Pertandingan Boling KUJ

       Tarikh     :  19 Oktober 2002

       Tempat     :  Pusat Boling Naka Urawa, Saitama

       Penyertaan :  12 kumpulan

 

Pertandingan telah dijalankan secara berkumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai 4 orang pemain. Pertandingan dijalankan sebanyak 3 game.

 

Hadiah     : Johan…………………………….Piala Emas

             Naib Johan…………. …………Piala Perak

             Ketiga……………………………Piala Gangsa

               Pemain lelaki terbaik…………Cenderahati

                           Pemain perempuan terbaik…Cenderahati

 

Keputusan  : Johan……………………………... Kumpulan Kedutaan Besar Malaysia

                       Naib Johan……………………….Kumpulan Universiti Saitama

                      Ketiga……………………………..Kumpulan Universiti Nagano

              Pemain Terbaik Lelaki………...Saudara Syamsu Faiza Syamsudin

              Pemain Terbaik Perempuan.....Saudari Eizuhaida Aziz

 

5.6    November 2002

5.6.1   Usrah Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa

        Tarikh      :  22 November 2002

        Tempat     :  Dewan Kediaman Kakitangan Kedutaan Malaysia, Tokyo

        Penceramah :  Ustaz Md. Ali Sarbini

 

5.7  Disember 2002

5.7.1  Perjumpaan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

       Tarikh : 11 Disember 2002

       Tempat : Hotel Hilton, Tokyo

 

5.8   Januari 2003

5.8.1  Mesyuarat Agung Tahunan KUJ Kali Ke-18 dan Jamuan Tahunan

        Tarikh     :  11 Januari 2003

                Tempat    :  Dewan Kediaman Kakitangan Kedutaan Besar Malaysia, Kami-Meguro.

 

6.   Lain-lain

 

6.1   Penerbitan dan Penerangan

6.1.1  Menerbitkan dan mengedarkan majalah –  INTRO ( Mac ),

                                                                                     SUARA 2002 ( Disember )

6.1.2  Menyiarkan karya-karya ahli mahupun bukan ahli di dalam SUARA Tahunan.

6.1.3  Menyiarkan rancangan dan aktiviti yang akan dan telah dijalankan oleh KUJ Pusat, KUK Tokai dan KUK Tohoku sepanjang sesi 2001 / 2002 untuk makluman semua ahli.

 

6.2   Tabung Khairat dan Kebajikan Am (TKKA)

6.2.1  Berperanan untuk membantu para pelajar yang menghadapi masalah kewangan dengan menawarkan perkhidmatan pinjaman sekadar untuk meringankan bebanan dan kesulitan yang dihadapi. Terbuka kepada semua ahli KUJ dan pinjaman hanya akan diberikan jika keadaan dirasakan perlu dan dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat AJK serta tertakluk kepada kedudukan kewangan TKKA.

6.2.2  TKKA juga menghulurkan derma atau bantuan khairat kepada para pelajar yang menghadapi kemalangan, malapetaka atau bencana alam. Sumber kewangan TKKA diperolehi daripada derma atau pemberian ikhlas orang ramai.

6.2.3  Tiada sumbangan dan pinjaman diberikan pada sesi ini.

 

6.3    Mengemaskinikan Data Ahli KUJ

6.3.1  Mengemaskinikan data ahli KUJ dari masa ke semasa.

6.3.2  Cuba mengesan ahli KUJ yang menghadapi sindrom menyepikan diri. Pihak AJK menghadapi masalah untuk menghubungi ahli-ahli kerana telah bertukar alamat dan tidak memaklumkan alamat baru kepada KUJ. Ekoran dari itu, pelbagai kesulitan telah timbul di kedua-dua belah pihak.

6.3.3  Sepanjang sesi 2001 / 2002, seramai 112 orang ahli telah mendaftar dengan KUJ. Data lengkap adalah seperti berikut:

                     Kumpulan Akademik       57 orang

                                    Kumpulan MARA (JAD)     31 orang

                                          Kumpulan Teknikal         22 orang

                                 Pelajar Master              2 orang

                     Jumlah Keseluruhan        112 orang

                                                                         

6.3.4  Bilangan ahli KUJ adalah lebih kurang 465 orang.

 

6.4 Penjualan Tiket MAS

6.4.1 Pada sesi kali ini, KUJ masih meneruskan penjualan tiket penerbangan MAS seperti sesi-sesi yang lepas.

6.4.2 KUJ mengambil tempahan bagi tiket-tiket penerbangan antarabangsa, domestik ke Kuala Lumpur dan domestik dari Kuala Lumpur.

6.4.2 Pelanggan boleh membuat tempahan melalui mel-e ataupun berhubung terus dengan Setiausaha Jawatankuasa Penerbangan KUJ. Maklumat mengenai tempahan tiket boleh didapati di laman web MAS-KUJ di alamat http://maskuj.tripod.com.

 

6.5   Laman Web KUJ

      http://kuj-pusat.tripod.com

      

Pada amnya, laman web KUJ boleh dikelaskan seperti berikut:

 

6.5.1   Laman utama 

Ø         Isi kandungan

Ø         Maklumat dan pemberitahuan ( maklumat tentang aktiviti KUJ dan pemberitahuan penting yang lain )

 

6.5.2           Pengenalan 

Ø         Penerangan ringkas tentang Kelab UMNO Jepun dan fungsinya serta galakkan penyertaan didalam KUJ.

Ø         Borang pendaftaran ahli KUJ.

 

6.5.3           Kedutaan

Ø         Maklumat tentang alamat, nombor telefon dan faks Duta Besar Malaysia, Jabatan Sumber Manusia dan Bahagian Konsular Kedutaan Besar Malaysia.

 

6.5.4   Jawatankuasa

Ø         Senarai lengkap maklumat Jawatankuasa Kelab UMNO Jepun sesi 2001/2002.

 

6.5.5   Aktiviti

Ø         Rancangan tahunan Kelab UMNO Jepun sesi 2001/2002

Ø         Maklumat penerbitan Majalah INTRO dan SUARA.

 

6.5.6           Berita

Ø         Laporan ringkas tentang aktiviti yang telah dijalankan.

Ø         Gambar aktiviti yang telah dijalankan.

 

6.5.7   Link

Ø         Sambungan ke laman-laman web yang lain.

 

6.5.8            Tiket MAS

Ø         Sambungan ke laman web MAS Kelab UMNO Jepun ( http://maskuj.tripod.com ) yang mengandungi maklumat harga tiket MAS, tempahan dan jadual penerbangan.

 

6.5.9   Majalah

Ø         Sambungan ke laman web Majalah INTRO 2002 ( www.geocities.com/umnojepun )

 

6.5.10  TKKA

Ø         Penerangan tentang Tabung Kebajikan dan Khairat Am ( TKKA )

 

6.5.11   Rumah Pelajar

Ø         Maklumat tentang Rumah Pelajar Malaysia.

 

6.6   Mailing List KUJ

      mel-e : kujahli@egroups.com

6.6.1  Bermula dari 1 Oktober 2001 KUJ telah memiliki sebuah mailing list rasmi ahli KUJ.

6.6.2 Mailing list ini diwujudkan untuk membolehkan AJK menyampaikan sebarang makluman dan pemberitahuan tentang aktiviti dan hal-hal lain yang berkaitan dengan KUJ. Selain itu, ahli dapat membuat pertanyaan dan memberi sebarang komen terhadap KUJ.

6.6.3  Adalah diharapkan agar dengan kewujudan mailing list ini, ahli dapat menerima maklumat tentang KUJ dan tidak wujud masalah ahli tidak mengetahui tentang aktiviti-aktiviti atau pengumuman KUJ.

 

6.7    Rumah Pelajar Malaysia

6.7.1   Pihak Kedutaan Besar Malaysia telah menyediakan kemudahan yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar mahupun warga Malaysia di Jepun dengan adanya Rumah Pelajar Malaysia ini.

6.7.2   KUJ seringkali menggunakan Rumah Pelajar untuk aktiviti dan mesyuarat AJK.

6.7.3   Setiap ahli KUJ akan dikenakan bayaran penginapan sebanyak \1000 manakala bukan ahli dikenakan sebanyak \2000 semalam. Untuk tempahan penginapan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Rumah Pelajar Malaysia iaitu :

    Saudara Wan Shariza Wan Ramli

       6-24-3 Koyama, Shinagawa-Ku, Tokyo 142-0062 Japan.

       Telefon : 03-5751-1231

 

7.   Kelab UMNO Jepun Kawasan (KUK) Tokai

7.1    Kelab UMNO Jepun Kawasan Tokai terdiri daripada pelajar-pelajar di sekitar kawasan Tokai seperti Nagoya, Toyota-Shi, Mie, Gifu, Toyohashi, Suzuka dan Toba.

7.2     Sepanjang sesi 2001 / 2002, KUK Tokai telah menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut:

I.                  Jun 2002

Meidaisai

Tarikh : 8~9 Jun 2002

Tempat : Universiti Nagoya

 

Sukan Gelanggang

Tarikh : 15 Jun 2002

Tempat : Universiti Teknologi Toyohashi

 

Kedatangan pihak Kedutaan Malaysia ke Nagoya

Tarikh : 21 Jun 2002

Tempat : Hotel Hilton, Nagoya

 

II.                Oktober 2002

Homestay bersama Hippo Family Club

Tarikh : 19 Oktober 2002

Tempat : Hippo Family Club

 

III.              November 2002

Pertandingan Boling

Tarikh : 2 November 2002

Tempat : Brunswick, Nagoya

 

Ø         Laporan penuh di dalam Laporan Aktiviti KUK Tokai sesi 2001 / 2002

 

8.   Kelab UMNO Jepun Kawasan (KUK) Tohoku

8.1  KUK Tohoku terdiri daripada pelajar-pelajar sekitar kawasan Tohoku seperti Aomori, Iwate, Miyagi, Yamagata, Sendai dan Fukushima.

8.2  Sepanjang sesi 2001 / 2002, KUK Tohoku telah berjaya menjalankan pelbagai aktiviti dan sambutan yang diberikan oleh ahli amat menggalakkan. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti berikut :

 

I.                  Disember 2001  

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Tarikh : 22 Disember 2001

Tempat : Morioka, Iwate

 

II.                Januari 2002

Pesta Musim Sejuk

Tarikh : 11 Januari 2002

Tempat : Pusat Ski Tazawako, Akita

 

III.              Jun 2002

Pesta Sukan Musim Panas-Bola sepak

Tarikh : 15 Jun 2002

Tempat : Chuou Koen, Akita

 

IV.             Oktober 2002

Bola tampar KUK Tohoku

Tarikh : 19 Oktober 2002

Tempat : Akita

 

Ø         Laporan penuh di dalam Laporan Aktiviti KUK Tohoku sesi 2001/2002

 

9.  Penghargaan

    Pihak AJK dan semua ahli KUJ ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada :

9.1  UMNO Malaysia

9.2  Kedutaan Besar Malaysia Di Jepun

9.3  Perwakilan Tokyo

9.4  Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

9.5  Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia Jepun (PKPMJ)

9.6  Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)

9.7  Kementerian Luar Negeri Malaysia

9.8  Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur (DBP)

9.9  Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia

9.10 Semua pihak yang terdiri daripada badan-badan berkanun, orang perseorangan dan ahli-ahli KUJ sendiri, yang telah memberikan sumbangan kepada KUJ sama ada dalam bentuk dorongan dan nasihat, tenaga, wang ringgit dan sebagainya.

   

Sekian, terima kasih.

 

    BERSATU   BERSETIA    BERKHIDMAT

 

    Saya yang menjalankan tugas,                        Disemak oleh,

 

    …………………………….                                       ………………………………

    ( EIZUHAIDA AZIZ )                       ( ZUL HILMI ZULKIFLI )

    Setiausaha                                  Pengerusi

    Kelab UMNO Jepun                          Kelab UMNO Jepun

Sesi 2001/2002                              Sesi 2001/2002