MAJLIS MAULIDUR RASUL




Pada hari Sabtu 22 Jun 2002, Kelab UMNO Jepun dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun, PKPMJ telah mengadakan Majlis Maulidur Rasul. Majlis ini telah diadakan di Rumah Pelajar Malaysia, Nishi Koyama. Seramai lebih kurang 50 orang telah menghadiri majlis ini.

Majlis telah dimulakan pada pukul 1:00 petang dengan solar Zohor berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Yassin beramai-ramai. Sejurus selepas satu, jamuan makan tengahari telah diadakan. Majlis diteruskan dengan dua pengisian berbentuk tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Saudara Azan Hamat dan Saudara Zul Azmi. Selepas itu satu tayangan video tentang Nabi Muhammad s.a.w telah dijalankan.

Majlis telah diakhiri dengan sesi jualan buku-buku agama dan sola Asar berjemaah. Dengan adanya majlis ini sedikit sebanyak telah memberikan peluang kepada para hadirin untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad s.aw. disamping menimba sedikit ilmu.

@

GAMBAR MAJLIS MAULIDUR RASUL
GAMBAR 1  GAMBAR 2  GAMBAR 3

Untuk mendapatkan maklumat mengenai Rancangan Aktiviti Kelab UMNO Jepun sila ke laman AKTIVITI

Jika terdapat kesilapan maklumat di halaman ini, sila laporkan kepada J/K PENERANGAN

LAMAN UTAMA

kipas.gif (3225 bytes)

@