MINIT MESYUARAT AGUNG

KELAB UMNO JEPUN

KALI KE-17

 

Tarikh:   8 Disember 2001

Masa:    2:14 petang – 7:12 malam

Tempat:  Dewan Kediaman Pegawai KBM,

Kamimeguro

 

 

Kehadiran Ahli Jawatankuasa KUJ Sesi 2000/2001

1.        Pengerusi:  Syed Noh Syed Abu Bakar

2.        Timbalan Pengerusi:  Mohamed Kassim Mohamed Sulaiman

3.        N. Pengerusi/Pengerusi KUK Tokai: Zawawi Mohamad

4.        N. Pengerusi/Pengerusi KUK Tohoku: Syed Kamarul Hisham Syed                      Ahmad Bokharey

5.        Setiausaha:  Johar Arbi

6.        Bendahari:  Raja Zarina Raja Abdullah

7.        Penolong Setiausaha:  Eizuhaida Aziz

8.        Setiausaha J/K Iklan dan Pemasaran:  Fairuza Azleen

9.        Setiausaha J/K Penerbitan:  Enaliza Anuar / Mohd Hakimi Harun

10.   Setiausaha J/K Sukan dan Kebudayaan:  Azahar Norizan

11.   Setiausaha J/K Perhubungan Khas:  Harnita Aryati Jais

12.   Setiausaha J/K Penerbangan:  Zul Hilmi Zulkifli / Muhamad Suhaimi Mukhtar

 

 

Kehadiran Ahli Berdaftar:  30 orang

 

 

BERSATU  BERSETIA  BERKHIDMAT

 

 

Agenda 1 – Pendahuluan

 

1.1  Saudara Zul Hilmi Zulkifli selaku Juruacara Majlis mempersilakan Saudara Pengerusi membuka majlis Mesyuarat Agung KUJ Kali Ke-17.

1.2  Saudara Pengerusi meminta persetujuan ahli majlis mesyuarat untuk memulakan Mesyuarat Agung KUJ kali ke-17 ini memandangkan kehadiran tidak mencapai 2/3 daripada jumlah ahli yang berdaftar yang diperlukan untuk menjalankan mesyuarat.

1.3  Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) mencadangkan supaya Pengerusi diberi kebenaran untuk memulakan mesyuarat walaupun jumlah ahli tidak mencukupi.Saudara Mar Izwan Marzuki menyokong cadangan tersebut.

1.4  Bacaan doa oleh Saudara Mohd Hakimi Harun.

1.5  Nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan lagu UMNO ‘Bersatu Bersetia Berkhidmat’.

 

 

Agenda 2 – Ucapan Pengerusi

 

2.1   Saudara Pengerusi melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana menyuarat dapat dimulakan walaupun lewat daripada jadual yang ditetapkan.

2.2   Saudara Pengerusi juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli yang hadir kerana ini menunjukkan betapa prihatinnya mereka kepada kelab yang dianggotai.

2.3   Saudara Pengerusi seterusnya berharap agar pada masa akan datang ahli-ahli akan lebih peka dan sanggup memeriahkan dan menjayakan aktiviti kelab.

2.4   Saudara Pengerusi akhirnya merakamkan ucapan terima kasih beliau kepada semua barisan AJK yang telah bertungkus-lumus mengendalikan aktiviti-aktiviti kelab dan juga kepada semua ahli yang sama-sama menjayakan setiap aktiviti yang dianjurkan.

 

 

Agenda 3 - Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kelab UMNO Jepun Kali ke-16 ( Pembentang : Setiausaha KUJ, Johar Arbi)

3.1  Saudara Pengerusi seterusnya mempersilakan Setiausaha KUJ, Saudara Johar Arbi untuk membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kelab UMNO Jepun Kali ke-16.

3.2  Saudara Johar Arbi selaku Setiausaha KUJ Sesi 2000/2001 mengucapkan terima kasih kepada Saudara Pengerusi dan seterusnya memaklumkan bahawa tiada pembetulan dipihak beliau,

3.3  Saudara Setiausaha membuka majlis mesyuarat kepada ahli jika ada sebarang pembetulan yang hendak dibuat.

(a)   Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – Agenda 3 ‘kali ke-14’ kepada ‘kali-15’

(b)   Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 4.2 ‘dalam’ kepada ‘ke dalam’

(c)    Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 4.4 ‘penjaga’ kepada ‘Penjaga’

(d)   Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 4.6 ‘tabung KUJ’ kepada ‘akaun KUJ’

(e)    Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 4.6 ‘tuanpunya’ kepada ‘pemilik’

(f)     Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 4.7 ‘KUJ pusat’ kepada ‘KUJ Pusat’

(g)   Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 4.7 ‘di e-melkan’ kepada ‘dimel-ekan’

(h)   Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 5.7 ‘AJK pusat’ kepada ‘AJK Pusat’

(i)     Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 5.9 ‘Pos SUARA’ kepada ‘pos SUARA’

(j)     Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 5.10 ‘tabung’ kepada ‘akaun’

(k)   Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 5.10 ‘hasil tabung’ kepada ‘kewangan’

(l)     Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 6.1 ‘Laporang’ kepada ‘Laporan’

(m) Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 6.6 ‘spt’ kepada ‘seperti’ dan ‘no.’ kepada ‘nombor’

(n)   Saudari Juliana Mohd Janurudin – minit 6.10 ‘hormat menghormati’ kepada ‘hormat-menghormati’

(o)    Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 6.13 ‘Herman’ kepada ‘Hirman’

(p)   Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 6.14 ‘ penyalahan gunaannya’ kepada ‘penyalahgunaannya’

(q)   Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – minit 8.1 ‘cadangan’ kepada ‘mencadangkan’

3.4  Saudara Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kelab UMNO Jepun kali ke-16 dan meminta untuk disahkan.

3.5  Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung Kelab UMNO Jepun Kali Ke-16 disahkan dan cadangan beliau disokong oleh Saudari Syura Mohd Tajudin (204-2273).

 

Agenda 4 – Perkara-perkara Berbangkit

 

4.1  Saudara Pengerusi Majlis membuka majlis mesyuarat kepada semua ahli untuk membincangkan agenda 4 iaitu perkara-perkara berbangkit

4.2  Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) menyatakan bahawa penggunaan nama ‘Rumah Kelab’ sekarang sudah dibubarkan dan digantikan dengan nama ‘Rumah Pelajar Malaysia’.

4.3  Saudari Hani Azita (1987) bertanyakan tentang sumbangan ‘Rumah Pelajar Malaysia’ kepada KUJ dan KUJ kepada ‘Rumah Pelajar Malaysia’.

Ø         Saudara Pengerusi menyatakan bahawa dengan adanya rumah tersebut ia secara langsung memudahkan pelajar dan bukan pelajar yang berasal dari  Malaysia yang ada urusan di kawasan Tokyo dan sekitarnya untuk menginap dengan kadar bayaran yang murah dan berpatutan. Beliau menyatakan sewa sehari semalam sebanyak 1000 yen akan dikenakan kepada ahli KUJ dan 2000 yen pula kepada bukan ahli. Saudara Pengerusi menyatakan bahawa dengan adanya ‘Rumah Pelajar Malaysia’ ia dapat memudahkan KUJ dalam urusan persediaan, mesyuarat dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirangka untuk ahlinya.

4.4  Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) bertanyakan tentang perkembangan penjualan kad telefon.

Ø         Saudari Bendahari menerangkan penjualan kad telefon masih diteruskan seperti biasa tetapi keuntungan yang diperolehi semakin merosot. Ini disebabkan oleh para pelajar sudah tahu mendapatkan sendiri kad telefon tersebut di kedai-kedai tanpa melalui KUJ.

4.5  Saudari Hani Azita (1987) meminta penjelasan tentang kehadiran ahli ke Mesyuarat Agung Kelab UMNO Jepun ke-17 ini yang kurang dan mendukacitakan sedangkan KUJ sudah mewujudkan ‘mailing list’ untuk ahli-ahlinya.

Ø         Saudara Pengerusi meminta maaf atas kehadiran ahli yang kurang sedangkan ia sudah disebarkan ke dalam ‘mailing list’ tersebut. Beliau menambah ia masih tidak mampu untuk menarik minat para ahli untuk menghadirkan diri.

4.6  Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) menegaskan bahawa kehadiran ahli-ahli adalah baik dalam aktiviti-aktiviti lain tetapi amat teruk dalam menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung Kelab UMNO Jepun dari setahun ke setahun.

Ø         Saudara Pengerusi menambah jika diadakan mesyuarat sahaja ia belum tentu dapat menarik minat para ahli untuk menghadirkan diri. Beliau mencadangkan supaya diadakan majlis atau aktiviti-aktiviti ringan sebelum mesyuarat dimulakan dan akan memanjangkan perkara tersebut kepada barisan AJK yang baru nanti.

Ø         Saudara Pengerusi KUK Tokai menegaskan bahawa perkara yang sama turut dialami oleh mereka di sana. Tetapi tidaklah seteruk kehadiran seperti hari ini. Beliau menambah AJK sendiri perlu mengambil ikhtiar untuk menarik minat para ahli untuk menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung.

Ø         Saudari Hani Azita (1987) menyatakan bahawa perkara tentang mengadakan majlis atau aktiviti ringan sebelum mesyuarat dijalankan telahpun dipraktikkan pada Mesyuarat Agung Kelab UMNO Jepun Kali Ke-14 yang lalu. Dan ia dapat menarik minat para ahli dengan kehadiran seramai 50 ke 60 orang. Tetapi masalah yang perlu dihadapi ialah AJK sendiri yang menguruskan aktiviti tersebut dan AJK itu juga yang akan bermesyuarat kemudiannya.

4.7  Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) inginkan penjelasan tentang agenda 8 perkara 8.1 sama ada ia telah dibincangkan ataupun tidak.

Ø         Saudara Pengerusi menyatakan bahawa ia tidak dibincangkan memandangkan kebanyakan ahli KUJ adalah ‘sleeping partner’ dan ia amat mustahil bagi KUJ untuk memberi sijil sebagai penghargaan lebih-lebih lagi dengan kewangan KUJ yang kurang. Beliau menambah, cenderahati akan diberikan kepada ahli yang aktif dan turut sama menjayakan aktiviti yang dianjurkan.

Ø         Saudari Hani Azita (1897) sendiri bersetuju dengan pendapat Saudara Pengerusi tentang perkara tersebut. Cukuplah jika para ahli dapat sama-sama menjayakan majlis dan aktiviti yang diadakan untuk mereka.

4.8  Saudara Zuhaidi Abdullah (1387) inginkan penjelasan tentang perkembangan agenda 8 perkara 8.2.

Ø         Saudara Timbalan Pengerusi menerangkan bahawa beliau bersama-sama dengan Pengerusi telah berbincang dengan Majlis Tertinggi MSAJ tentang perkara tersebut dengan merangka cadangan baru iaitu memperkenalkan beberapa syarikat bumiputera memandangkan selama ini Seminar Kerjaya tersebut cuma untuk syarikat Jepun. Hasil daripada perbincangan tersebut pihak MSAJ telah menolaknya dengan alasan Seminar Kerjaya adalah program besar mereka sendiri.

Ø         Saudari Hani Azita (1987) menambah memandangkan tahun hadapan Presiden MSAJ akan dipegang oleh pelajar Melayu dan ia amat sesuai jika perkara ini boleh bincangkan lagi secara rasmi dan bertulis. Beliau mengakui kewangan KUJ tidak mencukupi untuk menjayakan program tersebut secara bersendirian lebih-lebih lagi dengan kekurangan pengalaman berbanding pihak MSAJ. Tetapi bantuan dari segi teknikal, beliau yakin bahawa KUJ mampu memberikan kerjasama yang diperlukan.

Ø         Saudara Pengerusi mengucapkan terima kasih dan akan memanjangkan perkara tersebut kepada barisan AJK yang baru nanti.

4.9  Saudari Hani Azita ((1987) menyatakan rasa kecewanya tentang pembatalan        ‘Program Homestay di Malaysia’. Beliau inginkan penjelasan tentang perkara  tersebut.

Ø         Saudara Pengerusi menjelaskan bahawa cuma ada 2 orang peserta yang ingin mengikuti program tersebut. Ini amat tidak sesuai dan akan menjatuh nama baik KUJ jika terus dijalankan memandangkan program ini adalah program besar KUJ. Jadi beliau bersama-sama dengan barisan AJK KUJ telah sebulat suara untuk membatalkan ‘Program Homestay di Malaysia’ pada tahun tersebut.

4.10Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) bertanyakan tentang perkembangan agenda 8     minit 8.7.

Ø         Saudara Timbalan Pengerusi meminta maaf atas kegagalan menjayakan ‘Program Homestay di Malaysia’ pada tahun tersebut di saat-saat akhir. Beliau menerangkan bahawa cadangan untuk mengadakan ‘Program Homestay di Malaysia’ pada musim bunga memerlukan perancangan yang panjang dan teliti. Tetapi beliau menambah perkara ini akan dibincangkan dan dipanjangkan kepada barisan AJK yang baru nanti.

4.11 Saudari Saniah Mat Lazim (985-2098) mencadangkan agar ‘Program Homestay di Malaysia’ dibuka penyertaan kepada bukan pelajar.

Ø         Saudara Timbalan Pengerusi menjelaskan bahawa 2 orang peserta yang ingin mengikuti program homestay pada tahun ini sebenarnya adalah bukan pelajar. Dan perkara ini masih tidak mampu untuk menarik minat peserta untuk mengikuti program ini.

Ø         Saudari Hani Azita (1987) mengakui bahawa program homestay ini memakan jumlah perbelanjaan yang besar. Beliau mencadangkan agar AJK KUJ sendiri yang mengikuti program homestay ini kerana bukan semua dapat merasa  bagaimana suasana homestay di Malaysia disamping bercuti ke kampung halaman masing-masing. Ini adalah baik daripada ‘Program Homestay di Malaysia’ terus terkubur begitu sahaja.  

Ø         Saudara Pengerusi mengucapkan terima kasih atas cadangan tersebut dan akan memanjangkan perkara tersebut kepada barisan AJK yang baru nanti.

 

 

4.12 Saudari Saniah Mat Lazim (985-2098) bertanyakan tentang pembatalan Program Perkhemahan Jati Diri.

Ø       Saudara Muhamad Suhaimi Mukhtar menjelaskan bahawa program ini juga memerlukan perbelanjaan yang besar. Jadi beliau telah cuba untuk mendapatkan sokongan dan bantuan kewangan daripada UMNO Pusat, Pemuda UMNO dan ALEPS tetapi jawapan yang diterima adalah negatif dan tidak mendapat maklum balas yang sepatutnya.

Ø       Saudari Hani Azita (1987) mencadangkan agar diadakan juga program perkhemahan ini mengikut corak dan kreativiti AJK sendiri tanpa perlu terikut-ikut dengan Program Perkhemahan Jati Diri yang diadakan sebelum ini.

Ø       Saudara Pengerusi mengucapkan terima kasih atas cadangan tersebut dan akan memanjangkan perkara ini kepada barisan AJK yang baru nanti.

 

 

(Majlis Mesyuarat ditangguhkan selama 1 jam 20 minit untuk majlis berbuka puasa dan solat Maghrib)

 

Agenda 5 – Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan Tahunan Kelab UMNO Jepun Sesi 2000/2001

(Pembentang: Bendahari KUJ, Saudari Raja Zarina Raja Abdullah)

 

5.1  Saudara Pengerusi seterusnya mempersilakan Bendahari KUJ, Raja Zarina Raja Abdullah untuk membentangkan Penyata Kewangan Tahunan Kelab UMNO Jepun Sesi 2000/2001.

5.2  Saudara Azwan Sanusi inginkan penjelasan tentang tambang AJK pada bahagian wang keluar.

Ø              Saudari Bendahari menjelaskan bahawa ia meliputi tambang AJK Pusat ke mesyuarat-mesyuarat AJK yang dijalankan sepanjang tahun sahaja.

5.3 Saudari Hani Azita (1987) bertanyakan tentang SUARA 2000.

Ø              Saudari Bendahari menerangkan bahawa ia meliputi tuntutan Setiausaha Jawatankuasa Penerbitan, penghantaran majalah dan pembayaran kepada Saudara Abdul Ghafar.

5.4  Saudari Hani Azita (1987) inginkan penjelasan tentang pendapatan dan perbelanjaan daripada Pertandingan Bola KUJ dan Boling merupakan perbelanjaan daripada yuran peserta dan untung yang diperolehi adalah untung bersih dan tidak menggunakan duit KUJ. 

Ø              Saudari Bendahari mengiakan jawapan tersebut.

5.5 Saudara Azwan Sanusi inginkan penjelasan tentang pengiklanan pada bahagian wang masuk.

Ø              Saudari Bendahari menjelaskan bahawa ia adalah wang tunai.

5.6  Saudari Hani Azita (1987) bertanyakan tentang bagaimana caranya pihak AJK berjaya mengumpul sejumlah pendapatan yang banyak daripada Pendakian Gunung Fuji dan bertanyakan bilangan peserta yang mengikutinya.

Ø              Saudara Zul Hilmi Zulkifli menerangkan bahawa pendakian pada kali ini dilakukan dengan menyewa van dan dipandu sendiri oleh AJK. Jadi ia tidak melibatkan pihak luar atau agensi-agensi yang berkaitan. Maka sebab itulah keuntungan yang besar dapat diperolehi.  Jumlah peserta yang mengikuti aktiviti Pendakian Gunung Fuji pada kali ini adalah seramai 17 orang.

Ø              Saudari Hani Azita (1987) mengucapkan tahniah kepada AJK KUJ kerana berjaya mendapatkan keuntungan yang banyak hasil daripada Pendakian Gunung Fuji pada kali ini.

5.7  Saudari Bendahari seterusnya meminta agar Penyata Kewangan Tahunan Kelab UMNO Jepun Sesi 2000/2001 dicadangkan untuk disahkan sekiranya tiada apa-apa lagi pertanyaan.

5.8  Saudara Azwan Sanusi mencadangkan agar Penyata Kewangan Tahunan   Kelab UMNO Jepun Sesi 2000/2001 disahkan dan Saudari Saniah Mat Lazim (985-2098) menyokong cadangan tersebut.

 

Agenda 6 – Pembentangan Laporan Tahunan Kelab UMNO Jepun Sesi 2000/2001

           (Pembentang: Setiausaha KUJ, Saudara Johar Arbi)

 

6.0           Saudara Pengerusi Majlis seterusnya mempersilakan Setiausaha KUJ untuk membentangkan Laporan Tahunan Kelab UMNO Jepun Sesi 2000/2001.

6.1           Saudara Setiausaha meminta ahli-ahli memastikan mereka menerima 3 naskah edaran:-

I.                   Laporan Tahunan Kelab UMNO Jepun (KUJ) Sesi 2000/2001

II.                Laporan Tahunan Kelab UMNO Kawasan (KUK) Tohoku Sesi 2000/2001

III.             Laporan Tahunan Kelab UMNO Kawasan (KUK) Tokai Sesi 2000/2001

6.2         Saudara Setiausaha memaklumkan terdapat beberapa pembetulan dipihak beliau.

I.                   Perkara 1.5 ‘Juruaudit’ kepada ‘Juruodit’

II.                Perkara 5.2.1 ‘Suaikenai’ kepada ‘Suaikenal’

6.3       Saudara Setiausaha seterusnya membuka majlis mesyuarat kepada ahli jika terdapat sebarang pembetulan yang hendak dibuat.

I.                  Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – ‘2.3’ kepada 2.4’

II.               Saudari Hani Azita (1987) – Perkara 5.5.2 ‘Takushoku Universiti’ kepada     Universiti Takushoku’ 

III.            Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) – Perkara 5.5.2 penggunaan simbol ‘&’ tidak boleh digunakan. Ia sepatutnya ditulis lengkap.

IV.             Saudari Saniah Mat Lazim (985-2098) – Perkara 6.3.2 ‘Ekoran dari itu’ kepada ‘Ekoran daripada itu’

6.4         Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) bertanyakan tentang ketiadaan Setiausaha Jawatankuasa Agama dan Kebajikan pada tahun tersebut.

Ø              Saudara Pengerusi menjelaskan bahawa jawatankuasa tersebut memang dikosongkan lantaran kekurangan AJK.

Ø              Saudari Hani Azita (1987) inginkan kepastian sama ada Saudara Pengerusi sendiri yang memegang jawatankuasa tersebut.

Ø              Saudara Pengerusi menegaskan bahawa beliau tidak memegang jawatankuasa tersebut.

Ø              Saudari Hani Azita (1987) menambah setiap AJK boleh memegang 2 jawatan dengan ditambah perkataan “merangkap”.

Ø              Saudara Pengerusi mengucapkan terima kasih atas penjelasan tentang perkara tersebut.

6.5         Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) bertanyakan tentang perkara 5.3.1 sama ada pelajar baru yang dinyatakan itu merupakan pelajar RPKJ tajaan JPA.

Ø              Saudara Pengerusi mengiakan kenyataan tersebut.

6.6         Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) inginkan penjelasan tentang ketiadaan wakil pidato daripada pihak KUK Tokai.

Ø              Saudara Pengerusi KUK Tokai menjelaskan bahawa perkara tersebut telahpun dimaklumkan kepada semua ahli di kawasan KUK Tokai tetapi tidak mendapat maklum balas yang memuaskan. Mereka cuma berjaya mendapatkan seorang peserta tetapi pada saat-saat akhir peserta tersebut telah menarik diri. Beliau bagi pihak KUK Tokai meminta maaf atas perkara tersebut.

6.7         Saudari Hani Azita (1987) bertanyakan tentang perkembangan Majalah SUARA.

Ø              Saudara Pengerusi menjelaskan bahawa majalah tersebut baru diterima kelmarin dan ia belum diposkan kepada ahli-ahli. Beliau berjanji akan mengeposkan majalah tersebut dalam masa terdekat.

6.8           Saudara Azwan Sanusi inginkan penjelasan tentang sumber kewangan Tabung Khairat.

Ø               Saudara Pengerusi menjelaskan bahawa sumber kewangan tersebut adalah hasil daripada kutipan derma ahli KUJ dan pemberian ikhlas daripada orang ramai dan ia tidak ada kaitan dengan kewangan KUJ.

6.9   Saudari Syura Mohd. Tajudin (204-2273) bertanyakan antara tambang MAS dan            JAL yang mana satu lebih murah dan berpatutan.

Ø               Saudara Zul Hilmi Zulkifli menerangkan bahawa murah atau mahalnya tambang tiket adalah bergantung kepada musim. Beliau menambah harga tiket MAS adalah ditetapkan oleh pihak MAS itu sendiri.

6.10       Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) inginkan penjelasan tentang terdapatnya perbezaan antara jumlah tuntutan AJK MAS dan AJK JAL.

Ø               Saudara Zul Hilmi Zulkifli menerangkan bahawa AJK JAL telahpun menjalankan perniagaan ini secara bersendirian sebelum menyertai KUJ lagi. Tambahan pula AJK JAL tersebut tidak membuat tuntutan yang banyak ke atas KUJ dan beliau berbesar hati untuk menyalurkan sedikit keuntungan hasil daripada penjualan tiket JAL ke dalam akaun KUJ.

6.11 Saudari Saniah Mat Lazim (985-2098) bertanyakan tentang kewujudan ‘mailing list’.

Ø                   Saudara Timbalan Pengerusi menjelaskan bahawa ‘mailing list’ telahpun diwujudkan sejak awal tahun lagi. Beliau menambah alamat mel-e setiap ahli adalah diperolehi daripada data ahli yang berdaftar dan daripada ahli sendiri. Tetapi beliau juga menyatakan bahawa terdapat juga ahli yang tidak menyertakan alamat mel-e mereka dan sebarang pertukaran alamat mel-e tidak dikemukan kepada KUJ. Perkara inilah yang menyebabkan sebarang pemberitahuan dan maklumat daripada KUJ tidak sampai ke pengetahuan ahli-ahli KUJ.

6.12 Saudari Hani Azita (1987) mengucapkan tahniah kepada AJK yang berjaya  mengemaskinikan hompej KUJ. Tetapi beliau ingin bertanyakan tentang kenapa tarikh pengemaskinian hompej tersebut masih statik dan tidak berubah daripada 6 Mei 2001.

Ø                   Saudari Fairuza Azleen menyatakan bahawa beliau tidak tahu bagaimana untuk menukar tarikh tersebut ke tarikh yang baru. Beliau meminta maaf atas perkara tersebut.

Ø                   Saudari Hani Azita (1987) menyatakan bahawa pada bahagian ‘guestbook’ terdapat catatan yang kurang elok dan menyenangkan untuk dibaca. Beliau bertanyakan bagaimana KUJ menghadapi perkara tersebut.

Ø                   Saudari Fairuza Azleen menjelaskan bahawa beliau sendiri telah menghantar mel-e secara peribadi kepada pengirim dan meminta kerjasama daripada pengirim tersebut agar tidak melakukan perkara yang sama lagi.

Ø                   Saudari Hani Azita (1987) inginkan penjelasan tentang maklum balas daripada KUJ terhadap Kelab UMNO luar negara yang lain.

Ø                   Saudara Pengerusi menjelaskan bahawa beliau telah memberikan maklum balas tersebut.

6.13         Saudara Pengerusi mempersilakan Pengerusi KUK Tohoku untuk membuat laporannya.

6.14         Pengerusi KUK Tohoku, Saudara Syed Kamarul Hisham Syed Ahmad Bokharey membentangkan Laporan Tahunan KUK Tohoku Sesi 2000/2001 kepada sidang mesyuarat.

(Sila rujuk laporan KUK Tohoku)

6.15         Saudara Pengerusi mempersilakan Pengerusi KUK Tokai untuk membuat laporannya.

6.16         Pengerusi KUK Tokai, Saudara Zawawi Mohamad membentangkan Laporan Tahunan KUK Tokai Sesi 2000/2001 kepada sidang mesyuarat.

(Sila rujuk laporan KUK Tokai)

6.17         Saudara Pengerusi mengucapkan terima kasih atas laporan yang telah dibentangkan.

 

Agenda 7 – Pembentangan Usul

 

7.1             Saudara Pengerusi memaklumkan bahawa tiada sebarang usul diterima untuk dibentangkan dalam mesyuarat kali ini.

 

Agenda 8 – Hal-hal Lain

 

8.1             Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) membuat teguran kerana terdapat banyaknya kesalahan dan kesilapan dalam Minit Mesyuarat Agung Kelab UMNO Jepun Kali Ke-16. Beliau berharap agar perkara ini tidak akan berulang dan mengingatkan setiap AJK agar sama-sama menyemak Minit Mesyuarat dan bukannya meletakkan tugas tersebut ke bahu Pengerusi dan Setiausaha sahaja.

Ø                   Saudara Pengerusi mengucapkan terima kasih atas teguran tersebut dan memastikan ia tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

8.2             Saudari Hani Azita (1987) inginkan kepastian sama ada seramai 124 ahli baru yang berdaftar telah mendapatkan kad ahli masing-masing.

Ø                   Saudari Penolong Setiausaha menjelaskan bahawa pelajar JAD dan ISI telah menerima kad ahli masing-masing. Tetapi bagi pelajar tajaan JPA terdapat sebahagian kecil lagi yang belum menerima kad ahli kerana mereka tidak menyertakan gambar.

8.3             Saudari Hani Azita (1987) merakamkan ucapan tahniah kepada AJK Penerbitan kerana majalah SUARA telah berjaya disiapkan dan beliau berharap agar majalah tersebut dapat dihantar kepada ahli secepat yang mungkin.

Ø                   Saudara Pengerusi menyatakan kesungguhan beliau untuk memastikan majalah tersebut dapat dihantar kepada setiap ahli secepat yang mungkin.

8.4             Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) pula merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua AJK KUJ kerana berjaya menjalankan aktiviti-aktiviti dengan berkesan. Beliau menambah terdapat aktiviti-aktiviti yang berjaya mendapat keuntungan yang banyak buat KUJ.

Ø                   Saudara Pengerusi mengucapkan terima kasih dan meminta maaf seandainya terdapat kesalahan dan kesilapan dalam sesi perbincangan tadi. Akhir sekali beliau menambah sebarang kritikan dan teguran yang diterima dapat dijadikan pengajaran buat beliau sendiri dan barisan AJK KUJ.

 

 

Agenda 9 – Perlantikan Pengerusi dan Setiausaha Sementara

 

9.1             Pengerusi Sementara  :   Saudara Zuhaidi Abdullah (1386)

9.2             Setiausaha Sementara :   Saudari Syura Mohd. Tajudin (204-2273)

 

 

Agenda 10 – Pembubaran Jawatankuasa Kelab UMNO Jepun Sesi 2000/2001

 

11.1         Pengerusi Sementara, Saudara Zuhaidi Abdullah (1386) dengan rasminya membubarkan barisan Jawatankuasa Kelab UMNO Jepun Sesi 2000/2001.

 

 

 

 

Agenda 11 – Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kelab UMNO Jepun Sesi 2001/2002

 

11.1     Jawatan Pengerusi

 

Calon 1    :   Saudara Zul Hilmi Zulkifli (204-2232)

Pencadang :     Saudari Hani Azita (1987)

Penyokong :   Saudara Syed Noh Syed Abu Bakar (984-2081)

 

Cadangan ditutup

Pencadang :   Saudari Saniah Mat Lazim (985-2098)

Penyokong :   Saudari Hani Azita (1987)

 

11.2     Jawatan Timbalan Pengerusi

 

Calon 1    :   Saudara Mohd Hakimi Harun

Pencadang :     Saudara Johar Arbi (994-2218)

Penyokong :   Saudara Azwan Sanusi

 

Cadangan ditutup

Pencadang :   Saudari Hani Azita (1987)

Penyokong :   Saudara Syed Noh Syed Abu Bakar (984-2081)

 

11.3     Jawatan Setiausaha

 

Calon 1    :   Saudari Eizuhaida Aziz (204-2229)

Pencadang :     Saudara Muhamad Suhaimi Mukhtar (994-2157)

Penyokong :   Saudara Azahar Norizan

 

 

Cadangan ditutup

Pencadang :   Saudari Saniah Mat Lazim (985-2098)

Penyokong :   Saudara Zawawi Mohamad

 

 

 

 

11.4     Jawatan Bendahari

 

Calon 1    :   Saudara Johar Arbi (994-2218)

Pencadang :     Saudari Raja Zarina Raja Abdullah (994-2207)

Penyokong :   Saudara Azahar Norizan

 

 

Cadangan ditutup

Pencadang :   Saudari Saniah Mat Lazim (985-2098)

Penyokong :   Saudara Zawawi Mohamad

 

 

11.5     6 Orang Ahli Jawatankuasa

 

Calon 1    :   Saudari Fairuza Azleen Roduwan (994-2168)

Pencadang :     Saudara Zul Hilmi Zulkifli (204-2232)

Penyokong :   Saudari Eizuhaida Aziz (204-2229)

 

 

Calon 2    :   Saudara Azahar Norizan

Pencadang :     Saudara Azwan Sanusi

Penyokong :   Saudari Raja Zarina Raja Abdullah (994-2207)

 

 

Calon 3    :   Saudara Mohamed Kassim Mohamed Sulaiman (994-2138)

Pencadang :     Saudara Zul Hilmi Zulkifli (204-2232)

Penyokong :   Saudari Saniah Mat Lazim (985-2098)

 

 

Calon 4    :   Saudari Juliana Mohd. Janurudin

Pencadang :     Saudari Hani Azita (1987)

Penyokong :   Saudari Raja Zarina Raja Abdullah (994-2207)

 

 

Calon 5    :   Saudara Muhamad Suhaimi Mukhtar (994-2157)

Pencadang :     Saudari Saniah Mat Lazim (985-2098)

Penyokong :   Saudara Johar Arbi (994-2218)

 

Calon 6    :   Saudari Enaliza Anuar (994-2141)

Pencadang :     Saudari Eizuhaida Aziz (204-2229)

Penyokong :   Saudara Johar Arbi (994-2218)

 

Calon 7    :   Saudara Ridzwan

Pencadang :     Saudara Zul Hilmi Zulkifli (204-2232)

Penyokong :   Saudari Fairuza Azleen Roduwan (994-2168)

 

Calon 8    :   Saudari Amalia

Pencadang :     Saudari Enaliza Anuar (994-2141)

Penyokong :   Saudari Eizuhaida Aziz (204-2229)

 

Cadangan ditutup

Pencadang :   Saudara Johar Arbi (994-2218)

Penyokong :   Saudari Saniah Mat Lazim (985-2098)

 

11.6         Senarai Penuh Ahli Jawatankuasa Kelab UMNO Jepun Sesi 2001/2002

 

Pengerusi          :   Saudara Zul Hilmi Zulkifli

Timbalan Pengerusi :   Saudara Mohd. Hakimi Harun

Setiausaha         :   Saudari Eizuhaida Aziz

Bendahari          :   Saudara Johar Arbi

Ahli Jawatankuasa  :   Saudari Fairuza Azleen Roduwan

                        Saudara Azahar Norizan

                        Saudara Mohamed Kassim Mohamed Sulaiman

                        Saudari Juliana Mohd. Janurudin

                        Saudara Muhamad Suhaimi Mukhtar

                        Saudari Enaliza Anuar

                       

 

 

 

 

 

 

 

 

Agenda 12 – Penangguhan Mesyuarat

 

12.1         Pengerusi Sementara menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab UMNO Jepun Kali Ke-16 sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 7:12 malam.

 

 

 

BERSATU  BERSETIA  BERKHIDMAT

 

 

 

 

 

Saya yang menjalankan tugas,                     Disemak oleh,

 

 

……………………………………..                                     …….…………………………………

(Johar Arbi)                                       (Eizuhaida Aziz)

Setiausaha Kelab UMNO Jepun                                     Setiausaha Kelab UMNO Jepun

Sesi 2000/2001                                     Sesi 2001/2002