KELAB   UMNO  JEPUN

RUMAH     PELAJAR     MALAYSIA,

6-24-3 KOYAMA, SHINAGAWA-KU,

TOKYO 142-0062.

TEL : 048-858-4673

Bil ( 33 ) dlm. KUJ 18/03/001

Tarikh: 31 Disember 2002

 

Assalamualaikum w.b.r. 

 

Saudara/i,

 

PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB UMNO JEPUN ( KUJ ) KALI KE-18 SESI 2001/2002  

 

Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kelab UMNO Jepun Sesi 2001/2002 akan diadakan seperti butiran berikut:

TARIKH : 11 Januari 2003 ( Sabtu )

MASA : 1.00 petang ( Pendaftaran )

TEMPAT : Dewan Kediaman Pegawai KBM, Kamimeguro 

 

2. Untuk makluman semua, Minit Mesyuarat Agung KUJ Kali Ke-17, Laporan Tahunan KUJ Sesi 2001/2002 dan Penyata Kewangan Tahunan KUJ Sesi 2001/2002 boleh dirujuk di dalam hompej KUJ yang beralamat http://kuj-pusat.tripod.com. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga lampiran tersebut akan diedarkan pada hari mesyuarat nanti. 

 

3. Seperkara lagi, jika saudara/i mempunyai usul yang hendak dikemukakan, bolehlah hantarkan ke alamat e-mel kuj_pusat@excite.com.

 

4. Kehadiran dan kerjasama saudara/i ke mesyuarat ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

 

 

 

 

 

Sekian, wassalam.

 

BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT 

 

Saya yang menjalankan tugas, 

 

……………………………………

( EIZUHAIDA  AZIZ )

Setiausaha KUJ 2001/2002