PENGENALAN

line.gif (2695 bytes)

APA ITU KUJ ?
NAMA PENUH KELAB PERGERAKAN PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU JEPUN atau nama ringkasnya Kelab UMNO Jepun dan nama singkatannya KUJ.
AKTIVITI Sebuah kelab yang berpusat di Tokyo,menjalankan kegiatan dalam menyatukan
masyarakat Melayu serta bumiputra yang tinggal di bumi Jepun.
CAWANGAN Kelab UMNO Kawasan TOHOKU dan Kelab UMNO Kawasan KUK TOKAI.
TUJUAN PENUBUHAN
  (i)  Menyatukan orang-orang Melayu di jepun berdasarkan kepada agama Islam
 (ii)  Menyokong dan mendokong falsafah dan prinsip perjuangan UMNO Malaysia 
        sealiran dengan lunas-lunas demokrasi dengan tujuan menghasilkan 
        cita-cita nasional. 
(iii)  Bertindak bagi mewakili UMNO Malaysia. 
(iv)  Mengambil langkah-langkah dan tindakan yang tegas bagi membela dan
        menjaga kepentingan orang-orang Melayu pada keseluruhannya. 
(v)   Menimbulkan rasa minat dan kesedaran serta menghayati masalah orang
        Melayu dan mencari resolusi bagi mengatasi masalah tersebut. 
(vi)  Menyediakan kemudahan dan melahirkan pendapat serta resolusi menerusi
        ceramah dan diskusi yang meliputi bidang politik, ekonomi, sosial, 
        kebudayaan,pelajaran agama Islam dan sebagainya. 
(vii) Bekerjasama dengan lain-lain persatuan dan organisasi yang bukan
        bercorak politik di Jepun sejajar dengan cita-cita kelab untuk 
        meningkat imej,kefahaman dan identiti bangsa Melayu dan sebagainya. 
(viii)Mengambil langkah-langkah dan tindakan yang wajar bagi mewujudkan
        muhibbah dan perpaduan di kalangan warganegara Malaysia di Jepun 
        bagi melahirkan satu rupa bangsa nasional tulin dengan mengamalkan
        prinsip-prinsip RUKUN NEGARA.
COGANKATA

BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT

@

MENGAPA ANDA HARUS SERTAI KUJ ?

KUJ merupakan satu persatuan untuk kita saling hubung menghubungi antara
satu sama lain, mengenali, berinteraksi dan mengeratkan lagi silaturahim
sesama masyarakat Melayu di Jepun dan juga masyarakat Jepun.

Dengan menyertai KUJ, anda telah menyumbangkan ke arah memperkukuhkan
kesatuan bangsa dalam menempuhi ranjau-ranjau hidup di Jepun.KUJ sepanjang
tahun banyak menawarkan aktiviti-aktiviti menarik dalam harapan ianya
disokong oleh orang yang berwibawa seperti anda.

Cara hidup masyarakat Jepun yang berpegang kuat kepada semangat
berpesatuan telah dapat dilihat dari peringkat syarikat-syarikat besar,
masyarakat amnya hinggalah kanak-kanak sekolah yang masih kecil.Meskipun
pada luarnya mereka dilihat sebagai masyarakat yang individualistik,
namun mereka kukuh bersatu dalam membangunkan bangsa.Sambil mendapat
maklumat terkini, anda juga berpeluang menyertai berbagai-bagai
pertandingan dan aktiviti anjuran KUJ.


APAKAH ANDA PENTING BUAT KUJ ?

Di dalam KUJ sendiri, terdapat berbagai jenis ahli. Ada sesetengahya boleh disifatkan sebagai ahli "kaku" yang menyembunyikan dirinya selesai sahaja beliau mendaftarkan diri. Ada juga yang mengambil sikap "menjengok dari luar" dan menimbulkan segala bentuk persoalan dan komplen. Manakala ada sesetengahnya melibatkan diri secara aktif

Kategori manakah anda berada? Bagaimanapun KUJ ingin mendapatkan anda sebagai orang-orang yang terpilih untuk berkongsi kecemerlangan, kesulitan idea dan sebagainya. Di KUJ, anda adalah salah seorang pemimpinnya. Untuk menjadi pemimpin anda harus kehadapan. Pelajar yang berkemampuan seperti anda, sayang...jika mendiamkan diri.

Dalam melangkah di sepanjang tahun ini, adalah menjadi matlamat KUJ untuk menampilkan imej yang lebih jelas dan lebih internasional, mengukuhkan kesatuan pelajar Melayu, mengeratkan kerjasama yang muhibbah dengan masyarakat sekeliling serta mempertingkatkan penyertaan ahli dalam KUJ.

Untuk mendaftar menjadi AHLI, sila muat turun / download borang berikut. Hantarkan borang yang telah diisi serta Yuran Penyertaan kepada PENOLONG SETIAUSAHA KUJ

BORANG AHLI KUJ

Jika terdapat kesilapan maklumat di halaman ini, sila laporkan kepada J/K PENERANGAN

LAMAN UTAMA

kipas.gif (3225 bytes)