[
1.
Rumah Pelajar
RUMAH
PELAJAR
TEL
: 03-5751-1231
CARA KE RUMAH PELAJAR MALAYSIA
1. Kebenaran
menginap hanya diberikan kepada warganegara
2. Tempoh
setiap kali menginap maksimum adalah selama seminggu/7 hari.
1.
1000 YEN semalam
-
kepada individu pelajar yang menjadi ahli kepada
MSAJ (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun atau KUJ (Kelab UMNO di
Jepun).
-
Ibubapa atau ahli keluarga pelajar (kanak-kanak di
bawah umur 12 tahun adalah percuma).
2.
2000 YEN semalam
-
kepada individu yang bukan ahli MSAJ atau KUJ.
Penginap diwajibkan mengikut segala peraturan dan
disiplin yang telah ditetapkan oleh Badan Penyelaras Rumah Pelajar
MASUK
1.
Menghubungi Pengurus Rumah bagi penempahan menginap.
Tempahan harus dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh penginapan.
2.
Setiap individu penginap dikehendaki mengisi Borang
Penginapan dengan lengkap.
3.
Mengemukakan kad ahli bagi ahli MSAJ/KUJ.
4.
Membayar wang penginapan dan mendapatkan resit dari
Pengurus Rumah.
5.
Membawa kelengkapan peribadi untuk keperluan
menginap.
INAP
1.
Penginap akan disediakan kemudahan menginap seperti
tilam, bantal dan selimut.
2.
Penginap disediakan ruangan dapur dan alatan memasak
untuk tujuan memasak. Bahan masakan hendaklah disediakan oleh penginap sendiri.
3.
Penginap dikehendaki menggunakan segala kemudahan
dan kelengkapan yang disediakan seperti alatan dapur, tilam bantal, bahan
bacaan serta bilik air/ tandas dengan amanah dan penuh tanggungjawab.
4.
Membuang sampah mengikut pembahagian sampah yang
ditetapkan.
5.
Memastikan barangan peribadi yang berharga dalam
perhatian sendiri.
6.
Menjimatkan penggunaan tenaga seperti menutup suis
lampu, alat pemanas, kipas angin sebelum keluar. Begitu juga bagi penggunaan
air.
7.
Melaporkan masa keluar/masuk rumah kerana penginap
tidak akan diberi kunci rumah bagi urusan keluar/masuk rumah.
LARANGAN
1.
Berbual dan bercakap dengan suara yang kuat atau
berbuat bising.
2.
Merokok di ruangan berlantaikan tatami.
3.
Membawa masuk sebarang alkohol atau minuman keras.
4.
Membawa masuk sebarang makanan yang tidak halal.
5.
Membawa masuk sebarang binatang peliharaan.
6.
Menakung air dalam tub untuk tujuan berendam.
KELUAR
1.
Menghubungi Pengurus Rumah bagi urusan keluar rumah.
2.
Meletakkan semula segala kemudahan dan kelengkapan
ke tempat sedia ada.
3.
Memastikan tiada barangan peribadi yang tertinggal.
1.
Badan Penyelaras mempunyai kuasa mutlak bagi membuat
sebarang keputusan bagi penggunaan rumah.
2.
Badan Penyelaras berhak menolak permohonan individu
yang pernah melanggar peraturan dan disiplin yang ditetapkan.
Untuk keterangan lanjut, tempahan dan pertanyaan,
sila hubungi PENGURUS RUMAH PELAJAR
SAUDARA WAN SHARIZA WAN RAMLI (090-3508-4526 ajay5439@yahoo.com)