TABUNG KHAIRAT DAN KEBAJIKAN AM

line.gif (2695 bytes)

Tabung Khairat dan Kebajikan Am, atau dikenali sebagai TKKA disediakan untuk mana-mana ahli yang mendapat kemalangan atau kehilangan ahli keluarga. Tabung ini juga ditubuhkan untuk membantu ahli-ahli yang mempunyai masalah kewangan contohnya tidak berupaya untuk membayar bil perubatan dan sebagainya dengan memberikan pinjaman wang.

Pihak KUJ mengharapkan agar ahli-ahli yang mendapat berita bahawa ada ahli keluarga ahli KUJ yang meninggal dunia agar dapat menghubungi pihak KUJ dengan segera untuk kami salurkan sedikit sumbangan. 

TKKA dikumpulkan dari derma khairat dari para ahli. Jika ada ahli yang ingin menderma kepada TKKA sila hubungi Setiausaha Jawatankuasa Agama dan Kebajikan seperti berikut. Derma yang anda hulurkan, Insya-Allah boleh membantu saudara seagama kita yang memerlukannya.

Untuk sebarang keterangan lanjut tentang TKKA dan sumbangan derma, sila hubungi Setiausaha Jawatankuasa Agama dan Kebajikan yang berikut atau hubungi mana-mana Ahli Jawatankuasa KUJ

MOHD. SYAIRIR ABD. MALEK

NOMBOR TELEFON

080-5003-9575

E-MEL

syairirmalek@hotmail.com

@

Jika terdapat kesilapan maklumat di halaman ini, sila laporkan kepada J/K PENERANGAN

LAMAN UTAMA

kipas.gif (3225 bytes)