MAJLIS RAMAH MESRA - BARBEQUE PARTY
Dengan bantuan dari para ahli yang datang awal, persiapan barbeque telah dimulakan pada pukul 2:15 petang. Pada pukul 3:15 petang majlis dimulakan dan para hadirin bersama-sama membakar ayam dan daging barbeque. Selain itu, hadirin juga telah dihidangkan dengan yakisoba(mee goreng ala Jepun) dan nasi himpit. Selepas menjamu selera para hadirin telah memperkenalkan diri masing-masing. Majlis yang telah dihadiri oleh seramai 80 orang ini bersurai pada pukul 6:00 petang. Majlis ini telah memberikan peluang kepada para ahli baru dan lama untuk berkenal-kenalan dan mempereratkan hubungan silaturrahim diantara ahli. Disamping itu, ia juga dapat membolehkan para ahli untuk merehatkan diri sebelum semester baru bermula. @ |
GAMBAR
MAJLIS RAMAH MESRA - BARBEQUE PARTY
GAMBAR 1 GAMBAR
2 GAMBAR 3 GAMBAR
4
Untuk mendapatkan maklumat mengenai Rancangan Aktiviti Kelab UMNO Jepun sila ke laman AKTIVITI
Jika terdapat kesilapan maklumat di halaman ini, sila laporkan kepada J/K PENERANGAN
@