SUKAN BOLA SEPAK KUJ 2002
Pertandingan telah dimulakan pada pukul 10:00 pagi. Setelah perlawanan-perlawanan di peringkat awal yang begitu sengit, pasukan JMC 5 dan pasukan JAD 1 dari Kumpulan A dan pasukan Ibaraki dan pasukan ISI berjaya mara ke peringkat separuh akhir. Dalam perlawanan-perlawanan di peringkat separuh akhir ini, pasukan JMC 5 menewaskan pasukan ISI dengan 1-0 manakala pasukan JAD 1 menumbaskan pasukan IBARAKI dengan penentuan penalti 4-3. Dengan itu, pasukan JMC 5 dan pasukan JAD 1 akan bertemu di perlawanan akhir. Di perlawanan akhir, kedua-dua pasukan telah bertungkus lumus untuk menjaringkan gol bagi merebut kedudukan tempat pertama. Perlawanan ini berkesudahan dengan pasukan JMC 5 menewaskan pasukan JAD 1 dengan 1-0. Di perlawanan bagi merebut tempat ketiga pula, pasukan ISI telah menewaskan pasukan IBARAKI dengan penentuan penalti. Berikut adalah kedudukan akhir Sukan Bola Sepak KUJ 2002 :-
Sukan Bola Sepak KUJ 2002 telah diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi KUJ, Saudara Zul Himli Zulkifli. @ |
GAMBAR
SUKAN BOLA SEPAK KUJ 2002
GAMBAR 1 GAMBAR
2 GAMBAR 3 GAMBAR
4 GAMBAR 5
JOHAN (PASUKAN JMC 5) NAIB JOHAN
(PASUKAN JAD 1)
Untuk mendapatkan maklumat mengenai Rancangan Aktiviti Kelab UMNO Jepun sila ke laman AKTIVITI
Jika terdapat kesilapan maklumat di halaman ini, sila laporkan kepada J/K PENERANGAN