PENDAFTARAN DAN ORIENTASI PELAJAR BARU
Sesi taklimat telah dimulakan dengan penerangan jelas mengenai fungsi dan matlamat Kelab UMNO Jepun kepada para pelajar serta keistimewaan menjadi ahli. Selepas sesi soal jawab, sesi pendaftaran ahli telah dijalankan.
|
PELAJAR
BARU AMBANG ASUHAN JEPUN (AAJ) Para pelajar ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada lebih kurang pukul 2:00 petang. Dari Narita, mereka dibawa ke Hotel Toko, Tokyo. Pada pukul 6:45 petang, Jamuan Makan Malam telah diadakan di Hotel Toko. Pada pukul 7:45 malam, majlis taklimat dimulakan dengan pengenalan mengenai Kedutaan Besar Malaysia dan peranannya diikuti dengan taklimat daripada Bahagian Konsular. Selepas itu, taklimat daripada Jabatan Sumber Manusia telah diadakan. Sesi soal jawab telah diadakan selepas itu. Sejurus selepas itu, taklimat dari KUJ dan PKPMJ telah diadakan. Sesi pendaftaran ahli telah dijalankan selepas itu. Pada 23 Mac 2002, selepas sarapan pagi, semua pelajar baru ini telah bertolak ke universiti masing-masing dengan diiringi oleh Ahli Jawatankuasa KUJ dan PKPMJ serta para senior.
|
PELAJAR
BARU PROGRAM PERSEDIAAN KHAS TEKNIKAL KE JEPUN Seramai 57 orang pelajar sampai di Narita pada pukul 6:30 pagi. Para pelajar kemudiannya telah dibawa ke Rikko Kaikan, asrama tempat mereka akan tinggal selama setahun sebelum masuk ke kolej masing-masing. Sejurus selepas tiba di situ, para pelajar telah diberikan kunci bilik masing-masing dan diminta mengangkut beg dan barang masing-masing ke dalam bilik. Pada pukul 11:30 pagi, majlis taklimat telah dimulakan dengan ucapan ringkas dari En. Mansor Ibrahim dari Kedutaan Besar Malaysia. Selepas itu Pengurus Rikko Kaikan telah menyampaikan taklimat tentang asrama. Pada pukul 12:45 tengahari, majlis berhenti rehat untuk makan tengahari dan Solat Zuhur. Pada pukul 1:30 petang, majlis disambung dengan taklimat dari Cik Chiba dari Kedutaan Besar Malaysia. Selepas itu KUJ dan PKPMJ telah memberikan penerangan tentang persatuan masing-masing dan majlis diakhiri dengan sesi pendaftaran ahli.
|
Untuk mendapatkan maklumat mengenai Rancangan Aktiviti Kelab UMNO Jepun sila ke laman AKTIVITI
Jika terdapat kesilapan maklumat di halaman ini, sila laporkan kepada J/K PENERANGAN